SISTEM CAP DAGANGAN MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI TEMPATAN: SATU ANALISIS

Main Article Content

NORAINI IBRAHIM

Abstract

Isu mengenai pemindahan teknologi melalui pelabur asing dan hubungannya dengan pembangunan teknologi tempatan amat terbatas dikaji secara ilmiah. Kajian-kajian yang lepas hanya memberi fokus kepada peranan pelabur asing dengan tuan rumah di negara membangun dan impaknya ke atas pembangunan negara. Artikel ini cuba meneliti sistem cap dagangan di Malaysia dan pengaruhnya ke atas pembangunan teknologi tempatan. Persoalan utama yang diketengahkan adalah setakat manakah sistem cap dagangan dapat membantu perkembangan dan pembangunan teknologi tempatan. Isu lain termasuklah siapakah yang diransangkan oleh sistem cap dagangan dan bagaimana ransangan tersebut bertindak untuk mempengaruhi perkembangan dan pembangunan teknologi tempatan. Sistem cap dagangan yang efektif diperlukan untuk memberi ransangan kepada pelabur tempatan untuk mendapatkan geran cap dagangan yang secara langsung dapat membantu ke arah peningkatan pembangunan dan menambahkan stok teknologi tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles