MENELITI TASAWUF ATAU TARIQAT SEBAGAI LARAS KHAS DALAM BAHASA MELAYU MELALUI EMPAT TEKS SUFI A STUDY ON TASAWUF OR TARIQAT AS A SPECIAL REGISTER IN MALAY LANGUAGE BASED ON FOUR SUFI TEXTS

Main Article Content

Kamsiah Abdullah

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk meneliti sama ada Tasawuf sebagai satu cabang dari bidang agama Islam boleh dikategorikan sebagai satu laras yang khas dalam bahasa Melayu, sejajar dengan laras agama, laras ilmiah, laras kreatif dan lain-lain. Empat buah buku tentang Tasawuf yang ditulis oleh empat orang Sufi yang terkenal di dunia Melayu telah digunakan sebagai korpus. Buku-buku tersebut ialah: 1. Cinta dan Rindu Kepada Allah oleh Imam Nawawi, and diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Darul Nu'man Publication 2. Pengantar I/mu Tarekat: Uraian Tentang Mistik oleh Aboe Bakar Atjeh 3. Pendidikan Rapat Rohaniah oleh Ashaari Mohammad (2006) 4. Tasauf Moderen oleh Hamka (Edisi ke 12 tahun 1990) Analisis korpus tersebut menunjukkan ciri-ciri linguistik dan leksis yang unik telah digunakan oleh pengarang-pengarangnya. Telah dikenal pasti juga cara-cara dan ekspresi kreatif yang digunakan untuk menyampaikan fikiran-fikiran dan makna-makna yang begitu abstrak. Bahasa kiasan dan simbolik digunakan dengan begitu lumrah. Banyak contoh-contoh butiran leksis, istilah-istilah khusus, kata-kata pinjaman dari bahasa Arab, alat kohesi dan metafora telah diberi untuk membuktikan bahawa Tasawuf atau Tariqat ialah satu laras yang unik dalam bahasa Melayu. 


The main aim of this study is to establish whether Tasawuf or Islamic mysticism deserves to be classified as a special Malay language register in its own right, different and separate from other registers such as the religious, literary, and creative or the academic registers. Four well-known books on the discipline, written by renowned Sufis in the Malay World were used as corpus far the study, namely: I . Cinta dan Rindu Kepada Allah by Imam Nawawi, and translated into Malay by Darul Numan Publication 2. Pengantar Ilmu Tarekat: Uraian Tentang Mistik by Aboe Bakar Atjeh 3. Pendidikan Rapat Rohaniah by Ashaari Mohammad in 2006 4. Tasauf Moderen by Hamka (12th Edition in 1990) Analysis of the corpus revealed unique lexical and linguistic features used by the authors. Creative ways and mode of expression to communicate abstract religious messages and meanings were identified. Figurative and symbolic expressions were profusely found in the texts. Extensive examples of lexical items, special terminology, loan words from Arabic, cohesive devises, and metaphors were shown to prove that Tasawuf is indeed a unique register in Malay language.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdullah, K. (2017). MENELITI TASAWUF ATAU TARIQAT SEBAGAI LARAS KHAS DALAM BAHASA MELAYU MELALUI EMPAT TEKS SUFI: A STUDY ON TASAWUF OR TARIQAT AS A SPECIAL REGISTER IN MALAY LANGUAGE BASED ON FOUR SUFI TEXTS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 20(1), 119–162. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9675
Section
Articles