KITAB MELAYU JAWI: ANALISIS METODOLOGIKARYA TASAWUF HIDAYAH AL-SAL/KIN OLEH SHEIKH 'ABD AL-SAMAD AL-F ALIMBANI THE MALAY JAW! BOOK: AN ANALYSIS METHODOLOGY OF THE TASAWUF BOOK HIDAYAH AL-SALIKIN WRITTEN BY SHEIKH 'ABD AL-SAMAD AL-F ALIMBANI

Main Article Content

Ishak Suliaman
Khadher Ahmad

Abstract

Hidayah al-Salikin fl Suluk Maslak al-Muttaqin karya Sheikh 'Abd alSamad al-Falimbani ialah sebuah karya Jawi yang masyhur dalam bidang tasawuf yang pertama kali diterbitkan di Mekkah. Karya ini telah diterima pakai oleh masyarakat Muslim di Malaysia, Selatan Thai dan Indonesia sebagai sebuah karya tasawuf yang menjadi bahan pembelajaran dan pengajian dalam bidang ini di pensentren, pondok, masjid dan surau-surau. Karya ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan telah menjadi karya tasawuf yang masyhur di Nusantara. Metodologi penulisan karya Hidayah a/-Salikin fi Suluk Maslak alMuttaqin dikenali sebagai karya yang mempunyai ciri-ciri yang sangat signifikan sebagai rujukan utama dalam bidang tasawuf dalam kalangan umat Islam di Nusantara. Berdasarkan realiti ini, artikel ini berusaha untuk mengkaj i latar belakang penerbitan karya, kandungannya, rujukan utama karya dan pendekatan yang diterapkan oleh pengarang dalam menganalisis kandungannya.


Kata kunci: Kitab Melayu Jawi, Analisis metodologi, Tasawuf, Hidayah al-Salikin, Sheikh 'Abd al-Samad al-Falimbani

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Suliaman, I., & Ahmad, K. (2011). KITAB MELAYU JAWI: ANALISIS METODOLOGIKARYA TASAWUF HIDAYAH AL-SAL/KIN OLEH SHEIKH ’ABD AL-SAMAD AL-F ALIMBANI: THE MALAY JAW! BOOK: AN ANALYSIS METHODOLOGY OF THE TASAWUF BOOK HIDAYAH AL-SALIKIN WRITTEN BY SHEIKH ’ABD AL-SAMAD AL-F ALIMBANI. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 137–163. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9654
Section
Articles