JEJAK HILANG YANG PULANG: MENYINGKAP KONSEPTUALISASI MAKNA JEJAK HILANG YANG PULANG: UNEILING THE CONCEPTUALISATION OF MEANING

Main Article Content

Sara Beden

Abstract

ABSTRAK
Pengarang merupakan seorang arkitek yang membina struktur atau kerangka teks dan mengisinya dengan siratan makna. Siratan makna ini sewajarnya dizahirkan menerusi konseptualisasi yang signifikan dengan pemikiran dalam teks. Konseptualisasi merujuk pada proses pembentukan atau pengembangan konsep dalam pemikiran yang melibatkan pengorganisasian gagasan, idea, atau maklumat sehingga menjadi konsep yang lebih jelas dan berstruktur. Dalam karya sastera, konseptualisasi amat signifikan untuk memprojeksikan makna, aspirasi dan mesej yang disampaikan oleh pengarang. Sesebuah karya sastera bertindak sebagai saluran untuk mengekspresi intelek, menzahirkan emosi, menyalurkan mesej dan menyuguhkan amanat melalui pemilihan dan penggunaan diksi dalam bentuk kata kunci atau konsep dan simbol yang membentuk konseptualisasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konseptualisasi Abang Median dalam novel Jejak Hilang Yang Pulang karya Abang Median Abang Said . Teori Konseptual Kata Kunci yang dirintis oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan digunakan sebagai kerangka teoretis dalam kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan memfokuskan pada analisis teks novel tersebut. Hasil analisis mendapati enam kata kunci, iaitu “pencarian”, “perpindahan”, “kunang-kunang”, “pembangunan”, “anai-anai” dan “ombak” mengkomunikasikan medan makna yang signifikan dalam novel ini. Konseptualisasi tersebut mencerminkan makna tersurat dan tersirat menerusi simbol yang dipilih oleh pengarang dalam menyampaikan pemikiran, isu-isu dan mesej kehidupan. Kesimpulannya, Konseptual Kata Kunci berupaya merungkai medan makna dalam novel kajian dalam merincikan kisah kehidupan masyarakat yang dapat dijadikan pengajaran dalam perjuangan meneguhkan keimanan demi kesejahteraan hidup. Kajian lanjut novel ini boleh dilakukan dengan menggunakan Teori Sosiologi agar isu-isu kemasyarakatan mampu dikupas dengan rinci.



Kata kunci: simbol; konseptualisasi; kunang-kunang; Jejak Hilang yang Pulang; makna.


 


ABSTRACT
The author is like an architect who constructs the structure or framework of the text and fills it with layers of meaning. These layers of meaning should be conveyed through significant conceptualization within the text. Conceptualisation refers to the formation process or development of concept in thinking which involves the organizing of concepts, ideas or information to achieve a clearer and structured concept. In literary works, conceptualization is essential in projecting meanings, aspirations and messages conveyed by the author. A literary work acts as a channel to express intellect and emotions, conveying messages and presenting mandate through the selection and the use of diction in the form of keywords or concepts and symbols that form conceptualisation. Therefore, the purpose of this study is to identify and analyse the conceptualisation of Abang Median in the novel “Jejak Hilang Yang Pulang” by Abang Median Abang Said. The Conceptual Keyword Theory pioneered by Mohamad Mokhtar Abu Hassan is used as the theoretical framework in this study. This study fully applies qualitative methods, focusing on the analysis of the novel's text. The results’ of the study identified six keywords: pencarian, perpindahan, kunang-kunang, pembangunan, anai-anai dan ombak which communicate the fields of meaning that are significant in this novel. The conceptualization reflects the explicit and implicit meaning through symbols selected by the author in conveying the thoughts, issues and life messages. In conclusion, the Keyword Conceptual framework is able to to unravel the field of meaning in literary work, in elaborating the story of community life that can serve as a lesson in the effort of strengthening one’s faith to achieve the well-being of life. Further study of this novel can be conducted using Sociological Theory so that societal issues can be thoroughly dissected.



Keyword: symbol; conceptualization; fireflies; Jejak Hilang Yang Pulang; meaning.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sara Beden. (2023). JEJAK HILANG YANG PULANG: MENYINGKAP KONSEPTUALISASI MAKNA: JEJAK HILANG YANG PULANG: UNEILING THE CONCEPTUALISATION OF MEANING. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(2), 102–122. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/47613
Section
Articles