NOVEL ISLAMI: SATU ANALISIS TEKS TERHADAP NIAN HATI SALSABILA KARYA ZAHIRUDDIN ZABIDI ISLAMIC NOVEL: TEXTUAL ANALYSIS OF NIAN HATI SALSABILA BY ZAHIRUDDIN ZABIDI

Main Article Content

Nursuhada Md Arifin
Mohd. Zariat Abdul Rani
Kamariah Kamarudin
Muhd Zulkifli Ismail

Abstract

Kajian ini memfokuskan terhadap penerbitan novel-novel Islami oleh
PTS Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan swasta yang berorientasikan
Islam. Dengan orientasi sedemikian, PTS Sdn. Bhd. secara aktif
menerbitkan novel-novel Islami dengan ciri-ciri yang tersendiri. Lebih
penting apabila PTS Sdn. Bhd. turut menyediakan satu panduan
penulisan novel PTS Sdn. Bhd. yang dinamakan sebagai “Teknik Surah
Yusuf ”. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis novel
Islami terbitan PTS Sdn. Bhd., dan merumuskan kesejajarannya
dengan “Teknik Surah Yusuf ”. Kajian ini menganalisis novel Nian
Hati Salsabila karya Zahiruddin Zabidi yang diterbitkan oleh PTS
Sdn. Bhd. pada tahun 2011. Hasil analisis mendapati bahawa novel
yang dikaji mengutarakan pengajaran-pengajaran yang memberikan
kemenangan terhadap kebaikan, serta menggarap tema yang
bertunjangkan prinsip “ ‘kebaikan’ melawan ‘kejahatan’ ”. Novel yang
dikaji juga menampilkan watak protagonis yang “ideal”, di samping
menjadikan nama watak protagonisnya sebagai judul novel. Selain itu, novel yang dikaji turut membina plot mudah yang bersifat kronologis,
dengan jalan cerita yang merangkumi kisah kehidupan protagonis dari
usia remaja hingga dewasa. Semua manifestasi ini didapati sejajar
dengan antara ciri yang digariskan dalam “Teknik Surah Yusuf ” yang
menjadi panduan penulisan novel terbitan PTS Sdn. Bhd.


Kata kunci: Novel Islami, Nian Hati Salsabila, teknik surah Yusuf,
PTS Sdn. Bhd.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Md Arifin, N., Abdul Rani, M. Z., Kamarudin, K., & Ismail, M. Z. (2019). NOVEL ISLAMI: SATU ANALISIS TEKS TERHADAP NIAN HATI SALSABILA KARYA ZAHIRUDDIN ZABIDI: ISLAMIC NOVEL: TEXTUAL ANALYSIS OF NIAN HATI SALSABILA BY ZAHIRUDDIN ZABIDI. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 188–210. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21230
Section
Articles