KAIN TENUN PAHANG DAN KAIN TENUN SULAWESI: SATU KAJIAN PERBANDINGAN AWAL KAIN TENUN PAHANG AND KAIN TENUN SULAWESI: A PRELIMINARY COMPARATIVE STUDY)

Main Article Content

Habibah Abdul Jabbar
Nor Azlin Hamidon
Muhammad Ismail Ab Kadir
Abdul Razak Abdul Jabbar

Abstract

Sejarah telah memerihalkan akan hubungan Tanah Melayu dan
Indonesia berlaku oleh banyak faktor. Hubungan serumpun antara
masyarakat Melayu dan Bugis telah terjalin sejak dari kurun ke-17.
Kemelut politik di bumi Sulawesi menjadi faktor penolak pada
pelayaran orang-orang Bugis untuk menerokai destinasi baru.
Keamanan dan kemakmuran urusan perdagangan yang terkenal
menjadikan Tanah Melayu daya tarikan utama penghijrahan ini. Orang
Bugis dari tanah Makassar terkenal dengan kemahiran pelayaran yang
telah membuka lembaran baru pada hubungan Melayu Bugis.
Penghijrahan ini memberi impak dalam semua aspek sosiobudaya
masyarakat sesuai dengan sifat keterbukaan orang Melayu. Tidak
terkecuali belakunya perkembangan kesenian tenunan masyarakat
Melayu dan Bugis sesuai dengan kepesatan hubungan dagang dari
bumi Arab, China dan India sebagai penyumbang besar bahan
mentah. Kedatangan bangsawan Bugis (Keraing Aji) ke negeri Pahang telah menyemarakkan lagi seni bertenun yang sedia ada apabila berjaya
memperkenalkan teknik, gaya dan reka corak baru. Justeru, wujudlah
satu kesinambungan reka corak antara tenunan Sulawesi Selatan dan
Pahang hingga hari ini. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan
kesenian global, kedua-dua pusat pengeluraan (Sulawesi dan Pahang)
kain tenunannya turut mengalami perubahan sesuai dengan cita rasa
dan kehendak pasaran. Perubahan ini merangkumi reka corak, warna
dan teknik penghasilan. Oleh itu, bagi memastikan kelansungan seni
warisan ini langkah penubuhan institut dan pusat latihan serta
penggunaan teknologi terus disemarakkan oleh kedua-dua belah pihak.
Kata kunci: Tenun Pahang Diraja, kain tenun Bugis Wajo, sejarah, reka
corak, pemuliharaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Jabbar, H., Hamidon, N. A., Ab Kadir, M. I., & Abdul Jabbar, A. R. (2019). KAIN TENUN PAHANG DAN KAIN TENUN SULAWESI: SATU KAJIAN PERBANDINGAN AWAL: KAIN TENUN PAHANG AND KAIN TENUN SULAWESI: A PRELIMINARY COMPARATIVE STUDY). Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 53–70. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21223
Section
Articles