Metode Dakwah Abdullah Bin Alawi Al-Haddad dalam Kitab Al-Da‘Wah Al-Tammah wa Al-Tadzkirah Al-‘Ammah dan Kesanya di Jawa Timur, Indonesia

Main Article Content

Sadili
Asyraf

Abstract

Abdullah bin Alawi Al-Haddad (1044 H) merupakan tokoh dakwah yang menjadi rujukan di Hadramaut, Yaman. Sumbangan beliau kepada dakwah Islam khususnya di Indonesia adalah amat besar, terbukti dengan ramainya pendakwah dari kalangan habaib (keturunan Rasulullah) yang berasal dari Hadramaut. Menurut beberapa kajian, mereka adalah berketurunan Abdullah bin Alawi Al-haddad. Mereka menetap di Nusantara dan menjadi penduduk tempatan dengan satu tujuan iaitu berdakwah ke jalan Allah SWT. Berdasarkan kepada kejayaan dakwah mereka, maka penulis menganggap ia suatu yang penting untuk dikaji. Kajian ini membincangkan mengenai salah satu kitab yang menjadi rujukan pendakwah hadramaut, iaitu kitab al-Dakwah al-Tāmmah karya Abdullah bin Alawi al-Haddad bagi mengetahui metode-metode dakwahnya dan kesannya di wilayah Jawa Timur Indonesia. Metode yang digunakan adalah kualitatif, dengan bersumber daripada data perpustakaan dan perbualan dengan beberapa tokoh di wilayah jawa timur. Hasil utama kajian mendapati Abdullah bin Alawi al-Haddad memberi penekanan dalam kitabnya kepada keadaan sasaran dakwah mengikut kedudukan sosial mereka. Hal ini kerana ia selaras dengan konsep hikmah, mawizah dan dialog yang baik sebagaimana dalam surah al-Nahl ayat 125. Selain itu, kesan kepada dakwah di Jawa Timur pula di dapati bahawa kitab tersebut menjadi bahan bacaan utama kepada pelajar pondok pesantren dan menjadi rujukan bagi pelajar lepasan pesantren untuk memulakan dakwah dalam masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles