Analisis Posisi Penonton Wanita dalam Filem Arahan Pengarah Wanita Indonesia Analysis of the Position of Female Viewers in Films Directed by Indonesian Female Directors

Main Article Content

Putri Wahyuni
Hamedi Mohd Adnan
Rosya Izyanie Shamshudeen

Abstract

Munculnya wanita sebagai pengarah filem diharapkan dapat mewacanakan wanita sebenarnya ada dalam masyarakat. Ini disebabkan pengarah wanita dianggap tahu benar apa yang dirasakan oleh wanita berbanding pengarah lelaki. Kajian ini menekankan pandangan Sellnow (2017) bahawa salah satu bahagian yang paling penting dalam mengkaji wanita dalam filem adalah apakah wanita yang diwacanakan dalam filem sesuai atau tidak seperti yang diinginkan oleh penonton wanita. Kajian ini berusaha mengkaji posisi penonton wanita dan kesesuaian wacana wanita dalam filem Indonesia melalui teknik analisis kritis wacana feminis Sara Mills (1994). Penyelidik menjalankan temu bual kumpulan secara talian kepada lima pelajar wanita sarjana muda universiti di Indonesia. Didapati bahawa informan wanita merasa berada dalam posisi pelakon utama wanita kerana wacana wanita yang ditampilkan dalam filem sesuai dengan dengan keadaan sebenar wanita dalam masyarakat.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles