Corak Ṭarīq Sanad Pengajian Al-Quran di Negeri Pahang

Main Article Content

Khairuddin Said
Jamaluddin Adam

Abstract

Bacaan atau qira’at al-Quran mestilah dilaksanakan sebagaimana bacaan yang diajarkan kepada Rasulullah s.a.w. oleh Jibrail a.s. Bacaan ini disampaikan dalam bentuk yang asal tanpa perubahan dari satu generasi ke satu generasi secara bersemuka dan diperakui penyampaian bacaan tersebut melalui sistem pentauliahan yang dikenali sebagai sanad. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan corak tariq pentauliahan sanad guru-guru al-Quran di pusat tahfiz di negeri Pahang. Kajian kualitatif digunakan untuk mendapatkan data serta dianalisis secara deskriptif. Terdapat dua tariq sanad yang dimiliki oleh guru-guru al-Quran di pusat tahfiz di negeri Pahang. Tariq tersebut ialah dari Mesir yang mendominasi sanad qiraat tersebut dan tariq dari India. Aliran tariq sanad yang berbeza menunjukkan kepelbagaian sistem pengajian al-Quran dan fenomena ini memberi impak terhadap qira’at itu sendiri dari sudut pengajaran dan keelokan bacaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Research Article (Malay)