Perumpamaan Serangga Dalam Al-Qur'an: Analisis I'jaz

Main Article Content

Mohd Sukki Othman
Zulkifli Mohd Yusoff

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang perumpamaan serangga dalam al-Qur’ān. Secara khususnya kajian ini memfokuskan kepada i`jāz bayaniy dan i`jāz `ilmiy terhadap serangga dalam al-Qur’ān.Kajian ini secara amnya merujuk kepada penyelidikan perpustakaan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengumpulan dan analisis data. Ia menggunakan pendekatan kualitatif iaitu satu metode kajian yang menekankan pembentukan teori secara induktif. Objektif kajian antara lainnya adalah untuk menganalisis dan menghuraikan elemen i`jāz bayaniy dan i`jāz `ilmiy terhadap serangga dalam al-Qur’ān. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perumpamaan yang terdapat dalam al-Qur’ān al-Karīm mempunyai nilai retorika dan estetika yang tinggi. Justeru, penggunaan gaya bahasa perumpamaan dalam al-Qur’ān telah memberikan ruang untuk membincangkan segala bentuk persoalan dengan cara yang terbaik serta meninggalkan kesan yang mendalam. Melalui analisis i`jāz bayaniy dan i`jāz `ilmiy terhadap serangga dalam al-Qur’ān pula telah menunjukkan kewujudan i`jāz dalam ayat-ayat tersebut yang sekaligus membuktikan kehebatan dan mukjizat al-Qur’ān yang mempunyai fakta yang tidak pernah bercanggah dan sesuai di sepanjang zaman.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Research Article (Malay)