PENCETUS INDIVIDUALISME DALAM KESUSASTERAAN MELAYU?: PENELITIAN BERDASARKAN SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK THE CULMINATION OF INDIVIDUALISM IN MALAY LITERATURE?: A STUDY BASED ON A SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW

Main Article Content

Nadia Syamimi Yusof
Rahima Hamdan
Raja Faris Hakimi Raja Jaafar
Salmah Jan Noor Muhammad

Abstract

Kesusasteraan Melayu Tradisional amat menitikberatkan kepengarangan yang bersifat kolektif iaitu karya yang dihasilkan adalah milik masyarakatnya. Ini menyebabkan kebanyakan karya yang dihasilkan tiada diletakkan nama pengarang. Apatah lagi, kerja-kerja kepengarangan ini dinaungi oleh raja yang menyebabkan pengarang tiada hak meletakkan namanya pada karya yang dihasilkan. Keterbatasan ini juga menyebabkan karya yang dihasilkan perlulah bersifat ‘istana centric’ dan tanpa luahan perspektif pengarangnya secara terbuka. Namun, kolonialisasi Barat telah meleraikan situasi ini menerusi pengenalan Munshi Abdullah yang mengarang menurut perspektifnya sendiri tanpa dikongkong oleh raja dan pemerintah. Bermula dari sinilah, konsep individualisme diperkenalkan dalam kepengarangan Melayu yang nyata bertentangan dengan konvensi sedia ada. Nama Munshi Abdullah kemudiannya dinobatkan sebagai pencetus kemodenan dalam kesusasteraan Melayu menerusi konsep‘individualisme’ dalam karya yang dihasilkan. Penobatan ini mendapat sanggahan daripada beberapa sarjana dengan meletakkan Hamzah Fansuri sebagai tokoh yang lebih awal memperkenalkan konsep itu iaitu sejak abad ke-17 Masihi. Sanggahan ini bertambah hebat apabila muncul dua kelompok sarjana yang menyokong tokoh-tokoh ini sebagai pemula konsep ‘individualisme’ dalam kepengarangan Melayu dengan justifikasi yang tersendiri. Ini mencetuskan satu pencarian sorotan kajian yang komprehensif perlu dilakukan terhadap penobatan dua tokoh ini agar dapat menjelaskan siapakah tokoh yang lebih dominan mendapat sokongan para sarjana berhubung konsep yang dipertikaikan. Metodologi kajian adalah berasaskan standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Google Scholar. Sejumlah sembilan artikel telah dipilih bagi mewakili dua perspektif di atas. Dapatan kajian mendapati Munshi Abdullah lebih popular sebagai tokoh terawal yang menerapkan konsep individualisme dalam kepengarangannya. Natijahnya berdasarkan sorotan kajian lalu, rata-rata penjelasan mengenai siapakah tokoh terawal yang membawa konsep tersebut adalah tidak penting berbanding bagaimanakah konsep itu diterapkan dalam kepengarangan mereka demi memberi sumbangan baharu kepada kepada masyarakat. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Nadia Syamimi Yusof, Rahima Hamdan, Raja Faris Hakimi Raja Jaafar, & Salmah Jan Noor Muhammad. (2024). PENCETUS INDIVIDUALISME DALAM KESUSASTERAAN MELAYU?: PENELITIAN BERDASARKAN SOROTAN LITERATUR BERSISTEMATIK: THE CULMINATION OF INDIVIDUALISM IN MALAY LITERATURE?: A STUDY BASED ON A SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 7(1), 20–36. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56712
Section
Articles

References

Abdul Rahman, M. M., Idris, Z., & Jamian, M. N. (2024). Penelitian gaya bahasa perbandingan dalam Syair Dagang Adanya karya Sheikh Hamzah Fansuri. GEMA Online Journal of Language Studies, 24(2), 158-179. http://doi.org/10.17576/gema-2024-2402-09

Abdul Rani, M. Z. (2022). Kesangsian terhadap agama: Memetakan wacana-wacana Barat yang melingkari “kemodenan” Abdullah Munsyi. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 29(1), 145–168. https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.1.7

Abu Bakar, M. Z., & Ishak, R. (2023). Perlaksanaan komuniti pembelajaran profesional: Suatu kajian sorotan literatur bersistematik. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 10(4), 76-90. https://ajap.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/48475/16341

Al-Faqir Al-Haqir Teungku Syeikh Musthafa Asy-Syatary, & Al-Khatiby, T. N. F. A. S. (2019). Para Auliya dan Shalihin Nanggroe Aceh [Edisi eBook]. ‘Adnin Foundation Publisher

Aceh. https://repository.arraniry.ac.id/id/eprint/28833/1/Editor%20paraaulia%26shalihin_nad.pdf

Chin, S. H., & Maat, S. M. (2022). Sorotan literatur bersistematik: Faktor yang mempengaruhi kebimbangan Matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), 1-20.10.47405/mjssh.v7i9.1790

Deeks, J. J., Higgins, J. P., & Altman, D. G. (2024). Chapter 10: Analysing data and undertaking meta-analyses. Retrieved from https://training.cochrane.org/handbook/current/chapter-10

Hamdan, R. (2020). Sumbangan Mohd. Said Sulaiman sebagai Penyunting Travelog Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Jurnal Melayu Sedunia, 3(1), 21-47. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/27629

Hamdan, R. (2023). The development of Munshi Abdullah’s framework of modernity in Malay Literature: A critical observation. Malay Literature, 36(2), 209-234. https://doi.org/10.37052/ml36(2)no3

Hamdan, R., & Md. Radzi, S. B. (2014). Hero of two ages: Mohd Said Sulaiman as the first Malay autobiography editor. Asian Social Science, 10(7), 191-199. http://dx.doi.org/10.5539/ass.v10n7p191

Hamdan, R., Sujud, A., & Ali, A. H. (2023). Realiti letusan gunung berapi Tambora 1815 dalam syair. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 19(2), 200-216. https://doi.org/10.17576/geo-2023-1902-14

Hamdan, R., Sujud, A., & Bahari, N. N. H. H. (2019). Abdullah Munshi sebagai watak tertawan dalam travelognya Kisah Pelayaran Abdullah. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(8), 63-76. 10.35631/ijhpl.28005

Hamdan, R., Sujud, A., Zakaria, J., & Md. Radzi, S. B. (2015, 17-18 Oktober). The perspectives of autobiography in Malay historiography [Sesi persidangan]. Proceedings of the International Conference on Language, Literature, Culture and Education (ICLLCE) 2015, Kuala Lumpur.

Hussin, N. A., Dzulkifli, I., Hussin, H., & Ishak, H. (2023). Sorotan literatur bersistematik kesan bacaan al-Quran sebagai terapi kepada orang kurang upaya. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 7, 122-137.

Inan, A. C., Raja, S. S., & Hassan, N. M. (2024). British travellers’ perspective on the people of the Malay Peninsula in the 19th century. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12(1), 3-13. https://doi.org/10.17576/jatma-2024-1201-01

Jen, S. W., Mohd Matore, M. E @ E. (2020). Keberkesanan penggunaan Google Classroom dalam pendidikan: Sorotan literatur bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 39-53.

Mohammad, A. (2008). Sumbangan tamadun Islam dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu hingga abad ke-17 M. Journal of Al-Tamaddun, 3(1), 68-84.

Mohd Tahir., U. M., & Che Dan, W. (2019). Pemartabatan ‘realiti’ dan ‘realisme’ ke status konvensi sastera dalam Kesusasteraan Melayu. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 2(2), 109-136.

Mohd. Tahir., U. M. (2019). Sendeng-Barat dalam sastera Melayu moden: Cabaran sebuah cengkaman. MANU, 30, 1-45.

Rahamad, M. S. (2009). Pengaruh Barat dalam persuratan Melayu awal di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 11(1), 113-132.

Rahmat, H. (1996). In search of modernity – A study of the concepts of literature, authorship and notions of self in “traditional” Malay literature [Tesis PhD, University of London: School of Oriental and African Studies]. ProQuest Dissertations.

Safei, M. (2014). Abdullah bin Abdul Kadir: Hadijah Rahmat’s focal point in Malay Literature. Malay Literature, 27(1), 104-119.

Suhaili, S. N., & Hamdan, R. (2024). Unsur realisme menurut kemodenan kesusasteraan

Munshi Abdullah dalam Syair Muhammad Salleh. Jurnal Wacana Sarjana, 8(4), 1-21.

Sweeney, A., & Phillips, N. (1975). The Voyages of Mohamed Ibrahim Munshi (Translated with an Introduction and Notes). Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Wan Oya, S. A., & Nordin, Z. S. (2024). Sikap guru sekolah rendah terhadap pentaksiran untuk pembelajaran: Sorotan literatur bersistematik. International Journal of Future Education and Advances (IJFEA), 1(1), 394-399.

Wilkinson, J. (2010). Personal communities: Responsible individualism or another fall for public [Man]?. Sociology, 44(3), 453-470.

https://doi.org/10.1177/0038038510362484

Yuwono, A. A. (2023). Pemikiran pendidikan Islam modern Syed Muhammad Naquib Al-Attas [Tesis Sarjana, Universitas Islam Negeri Raden Mas Said Surakarta].