PELESTARIAN DAN PEMARTABATAN ZAPIN JOHOR SEBAGAI WARISAN TERBILANG

Main Article Content

Mohd Hairil Anuar bin Bari
Mohd Effindi bin Samsuddin
Sabzali Musa Kahn

Abstract

Penulisan ini memberi tumpuan kepada kegiatan warisan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) dalam mengembangkan, melestarikan dan memartabatkan Tarian Zapin Melayu Johor sebagai warisan terbilang. Usaha warisan yang telah berlangsung selama 25 tahun ini telah bermula semenjak tahun 1996 sehingga 2020 dan terhenti buat masa kini akibat pandemik coronovirus. Penulisan ini membincangkan program dan usaha Kerajaan Negeri Johor dalam melestarikan dan memartabatkan Zapin Johor berdasarkan kaedah kajian kualititatif. Hasil data tringulasi melalui instrumentasi kajian seperti temubual, penelitian dokumen dan pemerhatian rakaman video telah mengesan kegiatan pelestarian berterusan seperti penyelidikan, pertandingan dan persembahan yang telah dilakukan di seluruh daerah di negeri Johor. Rumusan keberkesanan usaha oleh institusi kerajaan negeri khususnya YWJ ini telah dibincangkan berdasarkan kategori kegiatan latarbelakang dan pemartabatan zapin sehingga menjadi fenomena seni tari di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
bin Bari, M. H. A. ., bin Samsuddin, M. E. ., & Kahn, S. M. . (2021). PELESTARIAN DAN PEMARTABATAN ZAPIN JOHOR SEBAGAI WARISAN TERBILANG. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 75–113. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34274
Section
Articles