PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM SEJAMBAK BAKTI

Main Article Content

Hasrina Baharum
Norazimah Zakaria
Nordiana Hamzah
Ariff Mohamad

Abstract

Pendidikan kepelbagaian budaya merujuk kepada usaha mendidik pelajar untuk mengambil peduli dan seterusnya memahami perbezaan budaya dalam kalangan mereka bagi mewujudkan suatu hubungan yang harmoni dan sikap saling menghormati. Dalam usaha menyemai pendidikan kepelbagaian budaya, novel ini dilihat sebagai suatu sumber unsur pendidikan kepelbagaian budaya yang boleh menyemai semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di Malaysia. Walaupun begitu, kesusasteraan pelbagai budaya mempunyai takrifannya yang tersendiri. Makalah ini membincangkan keupayan novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 1 sebagai sumber kesusasteraan pelbagai budaya dalam menyemai pendidikan kepelbagaian budaya untuk pelajar. Kajian ini bertujuan menentukan sama ada novel Sejambak Bakti termasuk dalam kategori kesusasteraan pelbagai budaya mengikut tafsiran tokoh-tokoh pendidikan kepelbagaian budaya terpilih. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur kepelbagaian budaya yang terdapat dalam teks tersebut. Perbincangan ini bertitik tolak daripada Teori Struktural dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Kajian ini penting dalam memberi takrifan semula terhadap kesusasteraan pelbagai budaya dalam konteks yang lebih realisitik terutamanya dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia yang rata-rata didominasi oleh kaum majoriti.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Baharum, H., Zakaria, N., Hamzah, N., & Mohamad, A. (2018). PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM SEJAMBAK BAKTI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 210–232. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13390
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)