PERLINDUNGAN DIRI DI HUTAN DARIPADA PENYAKIT BAWAAN PERSONALISTIK: PERSPEKTIF MASYARAKAT MELAYU KEDAH

Main Article Content

Muhd Abdul Hadi Johari
Ahmad Hakimi Khairuddin

Abstract

Asas kehidupan masyarakat Melayu terbina di pedalaman. Banyak daripada kegiataan harian mereka berurusan dengan hutan. Hutan pula adalah tempat tinggal agen personalistik (hantu), dengan makhluk itu boleh mendatangkan penyakit kepada manusia pada bila-bila masa sahaja. Objektif makalah ini untuk menyingkap rupa bentuk perlindungan diri masyarakat Melayu Kedah yang dipraktiskan untuk tujuan perlindungan diri dari makhluk tersebut. Kaedah penyelidikan di lapangan, iaitu temu bual mendalam dan kaedah pemerhatian ikut serta telah dipilih sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Penyelidikan di lapangan telah dijalankan melebihi tempoh satu tahun, iaitu dari bulan Jun 2014 sehingga bulan Ogos 2015. Temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 24 orang informan yang terdiri daripada 13 orang warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas, dengan tiga (3) daripadanya adalah bomoh perubatan tradisional. Profil informan yang lain pula ialah golongan dewasa (empat orang) serta anak muda (tujuh orang). Didapati hantu merupakan entiti yang paling berbahaya dalam masyarakat Melayu Kedah. Prinsip perlindungan diri masyarakat setempat dibina menerusi proses adaptasi dengan ekologi tempatan, dengan asas perlindungan diri itu telah diaplikasi di setiap proses menuju ke hutan, sama ada ketika di hadapan pintu rumah, di pinggir hutan, di dalam hutan, mahupun di hadapan pintu rumah itu semula, dengan setiap asas tersebut berfungsi dengan baik di posisi masing-masing.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hadi Johari, M. A., & Khairuddin, A. H. (2018). PERLINDUNGAN DIRI DI HUTAN DARIPADA PENYAKIT BAWAAN PERSONALISTIK: PERSPEKTIF MASYARAKAT MELAYU KEDAH. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 54–77. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13382
Section
Articles