Unsur-Unsur Retorik dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A. Samad Said

Main Article Content

Rahmah Ahmad H. Osman
Mohd Shahrizal Nasir

Abstract

Makalah menganalisis sebuah karya sastera Islam iaitu puisi Al-Amin oleh A. Samad Said yang memaparkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Ia turut membuat penelitian terhadap kemunculan serta kebangkitan perbincangan berkaitan sastera Islam di Malaysia, dengan tujuan untuk memperlihatkan konsep pemikiran yang mendasari perbincangan sastera Islam dengan menjadikan Al-Amin sebagai contoh. Makalah ini mengaplikasikan beberapa teori retorik dalam bahasa Melayu dan Arab untuk menganalisis kualiti kesusasteraan yang ada dalam Al-Amin. Lebih terperinci lagi, beberapa contoh bait dalam AlAmin ditonjolkan untuk menzahirkan kehadiran prinsip estetik berkenaan. Akhirnya, makalah ini mendapati Al-Amin mempunyai banyak nilai estetik seperti anafora, asonansi, aliterasi, unsur prosa dalam puisi, unsur khayalan, penggunaan kata sendi “yang”, dan penyenaraian nama-nama insan, tashbīh, uslūb al-istifhām, waṣf al-ṭabī‘ah, tikrār dan iqtibās. Secara langsung, ini menunjukkan bahawa Al-Amin adalah sebuah karya sastera Islam. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
H. Osman, R. A., & Nasir, M. S. (2013). Unsur-Unsur Retorik dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A. Samad Said. Jurnal Usuluddin, 37, 117–150. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7463
Section
Articles