Pertimbangan Teoretikal dalam Proses Tajdid Semasa

Main Article Content

Wan Adli Wan Ramli
Mohamad Kamil Ab Majid

Abstract

Tajdid terus-terusan menjadi wacana dalam pemikiran Islam semasa, termasuk kalangan Muslim yang liberal atau literal. Kesannya, salah faham terus berlaku di kalangan umat. Menggunakan pendekatan preskriptif berdasarkan sumber utama Islam, makalah ini meneliti semula konsep asas tajdid sebagai kefahaman semula ajaran asal Islam, dan bukan memperbaharui ajaran tersebut mengikut perubahan masa. Dengan itu, perubahan dalam tajdid merujuk kepada manusia, dan bukan modenisasi isi ajaran Islam itu sendiri. Demi kebenaran ini, keutamaan dalam proses tajdid perlu ditentukan secara adil, tanpa mengabaikan sama ada aspek teoretikal atau praktikalnya. Berdasarkan falsafah yang betul, diharap proses tajdid untuk berupaya memacu kemajuan ummah berdasarkan kayu ukur yang tepat. Akhirnya, makalah ini mendapati pertimbangan teoretikal ini perlu didahulukan sebelum sebarang gerak kerja praktikal diusahakan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Ramli, W. A., & Ab Majid, M. K. (2012). Pertimbangan Teoretikal dalam Proses Tajdid Semasa. Jurnal Usuluddin, 35, 47–60. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7446
Section
Articles