Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Main Article Content

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali
Mohd Herzali Mohd Haled

Abstract

Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan konsep toleransi beragama dari sudut pandangan Islam dengan menjadikan beberapa terma penting yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadith sebagai sandaran kepada pokok perbincangan. Garapan daripada penjelasan konsep toleransi tersebut seterusnya dijadikan sebagai landasan dalam membahaskan kedudukan toleransi beragama di Malaysia merujuk kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Realitinya, amalan toleransi beragama di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang kabur. Beberapa faktor luaran dan dalaman antara penyebab kepada kekenduran amalan tersebut pada masa kini. Umat Islam terutamanya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya patut menyedari akan kelemahan-kelemahan tersebut dan mengambil langkah segera dengan bijaksana bagi memastikan keluhuran perlembagaan dan toleransi beragama di negara ini akan terus kekal terpelihara.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Khambali @ Hambali, K., & Mohd Haled, M. H. (2008). Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27, 81–92. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6330
Section
Articles