Siri Khutbah Jumaat dalam Majalah Pengasuh: Tinjauan Terhadap Tajuk dan Gaya Penulisan

Main Article Content

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid

Abstract

Siri Khutbah Jumaat merupakan salah satu ruangan tetap dalam majalah Pengasuh sejak tahun 1975. Ianya merupakan teks-teks khutbah yang pernah dibacakan di mimbar masjid di seluruh negeri Kelantan. Makalah ini membincangkan mengenai siri khutbah Jumaat yang pernah diterbitkan dalam majalah Pengasuh sepanjang tahun 80-an sahaja. Sebanyak 29 siri khutbah dipilih untuk dianalisis mengenai tajuk dan gaya penulisannya. Dari keseluruhan sample yang dipilih didapati bahawa tajuk-tajuk khutbah adalah bersesuaian dengan persoalan semasa masyarakat Kelantan dalam tahun 80-an. Pelbagai pendekatan digunakan dalam penulisan khutbah seperti penjelasan, pemujukan, peringatan dan ada juga amaran tentang keburukan sesuatu perkara diperjelaskan dalam teks khutbah dengan harapan agar pengajaran khutbah itu dapat difahami dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat seharian.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. @ A. F. (2005). Siri Khutbah Jumaat dalam Majalah Pengasuh: Tinjauan Terhadap Tajuk dan Gaya Penulisan. Jurnal Usuluddin, 22, 121–136. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4235
Section
Articles