ANALISIS KONTRASTIF PENGGANDAAN PENUH DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA JEPUN

Main Article Content

Ong Shyi Nian
Zaitul Azma Zainon Hamzah

Abstract

Salah satu unsur morfologi yang menarik dalam kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Jepun ialah penggandaan. Penggandaan ialah satu proses menggandakan perkataan di mana banyak kata-kata baru mampu dihasilkan dan proses ini mempunyai fungsi leksikalnya yakni ia boleh mengekalkan kelas kata (class-maintaining) atau menukarkan (class-changing) kelas kata sesuatu perkataan sebagaimana yang dihujahkan oleh Asmah bahawa “Reduplication has a lexical function; that is to say it derives new words from the root-forms.†(2001: 17-35) Perbincangan ini yang menerapkan analisis kontrastif cuba meninjau dan menghalusi bentuk proses penggandaan penuh yang terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Jepun.

Downloads

Article Details

Section
Articles