Main Article Content

Abstract

Tulisan Jawi telah melalui sejarah perkembangan yang subur dan menjadi tunggak kepada perkembangan minda orang Melayu-Islam sejak ratusan tahun yang lalu. Sejarahnya ditulis oleh ramai pengkaji tempatan dan juga antarabangsa. Antara nama besar yang banyak mengkaji dan menulis mengenai sejarah tulisan Jawi ialah Profesor Dr. Kang Kyoung Seok, seorang sarjana dari Korea. Kertas ini akan membincangkan teori perkembangan tulisan Jawi yang dikemukakan oleh Profesor Kang dan analisis beliau terhadap beberapa bahan bukti pembinaan teori tersebut seperti Batu Bersurat Terengganu (1303 M), Surat tahun 1602, Kitab Siratal Mustaqim, Daftar Ejaan Melayu (1938) dan Majalah Dian. Beliau berjaya mengemukakan teori perkembangan tulisan Jawi yang tersendiri walaupun dengan tahap perkembangan yang mungkin sedikit berbeza dengan beberapa pengkaji tempatan.

Keywords

Historical development of Jawi script, theory of Kang Kyoung Seok, Jawi script

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. F., & Abdul Latif, F. (2014). SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI: ANALISIS MENGENAI TEORI KANG KYOUNG SEOK (Historical Development of Jawi Script: Analysis to Theory of Kang Kyoung Seok). Journal of Al-Tamaddun, 9(2), 1–15. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8673