Main Article Content

Abstract

Artikel ini membincangkan rentetan peperangan yang berlaku dalam sejarah ketenteraan Islam berdasarkan laporan sejarawan Islam terulung pada abad ke-8H/14M, Ibn Kathir al-Dimashqi (700-774H/1301-1373M) menerusi karya agungnya, al-Bidayah wa al-Nihayah. Penulisan ini memberi penekanan terhadap catatan yang dikemukakan oleh Ibn Kathir mengenai siri peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah (s.a.w.), Khulafa? al-Rashidin, Umawi, ?Abbasi, Ayyubi dan Mamluki. Objektif kajian ini adalah untuk memaparkan biografi dan ketokohan Ibn Kathir sebagai sejarawan Islam agung era Mamluki, di samping bertujuan untuk memperlihatkan siri peperangan yang berlaku berdasarkan catatan dalam karya agung beliau tersebut. Keseluruhan artikel ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian sejarah dan analisis kandungan dengan mencerakinkan data sejarah ketenteraan Islam dalam karya Ibn Kathir tersebut. Kajian ini menghujahkan bahawa Ibn Kathir merupakan tokoh ilmuwan dan sejarawan Islam terulung pada zaman Mamluki dan kitab al-Bidayah wa al-Nihayah merupakan sumbangan terbesar beliau dalam disiplin sejarah dan tamadun Islam, khasnya bidang sejarah ketenteraan Islam.

Keywords

peperangan, Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, kerajaan Mamluk, sejarah ketenteraan.

Article Details

How to Cite
Jamsari, E. A., Yaacob, S. E., & Abu Hasan Ashari, M. Z. (2013). RENTETAN PEPERANGAN DALAM KITAB AL-BIDAYAH WA AL-NIHAYAH KARYA IBN KATHIR AL-DIMASHQI (The Chain of Wars According to al-Bidayah wa al-Nihayah by Ibn Kathir al-Dimashqi). Journal of Al-Tamaddun, 8(2), 63–80. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8662