Main Article Content

Abstract

Pondok pesantren adalah suatu lembaga pendidikan agama Islam yang wujud serta diiktiraf oleh masyarakat di Indonesia yang berperanan dalam mengembangkan pengetahuan Islam di Indonesia. Maka kajian ini menganalisis sejarah penubuhan Pondok Pesantren di Kerinci Jambi Indonesia, kurikulum dan peranannya dalam pendidikan Islam. Antara persoalan kajian ialah apakah kurikulum pondok pesantren di Indonesia dan di Kerinci Jambi? dan Apakah peranan pondok pesantren di Distrik Kerinci Jambi dalam pendidikan Islam seperti peranan dalam pembelajaran Al-Qur?an dan tafsir, bahasa Arab, kaligrafi, dan aktiviti-aktiviti kepada masyarakat. Hasil daripada kajian ini menunjukan bahawa pondok pesantren di Kerinci telah berkembang dengan pesat dari awal penubuhannya sehinggga sekarang dan menggunakan sistem pendidikan madrasah yang menggabungkan kurikulum pendidikan Islam dan kurikulum pendidikan umum. Selain itu, pondok pesantren telah memainkan peranan utama dalam pendidikan Islam dalam melahirkan para hafizul Qur?an, para pendakwah, ahli kaligrafi yang mahir, para pemimpin dalam masyarakat serta mahir dalam berbahasa Arab. Kesimpulannya, pendidikan yang ditawarkan oleh pondok pesantren telah memberi peluang kepada orang Islam di Kerinci untuk menimba ilmu tentang Islam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka.

Keywords

Pondok Pesantren, Kerinci, Jambi, perkembangan, Pendidikan Islam.

Article Details

How to Cite
S, N., & Hamzah, N. (2013). PERANAN PONDOK PESANTREN DI KERINCI JAMBI INDONESIA DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM (The Role of Pesantren in Kerinchi Jambi Indonesia in the Development of Islamic Education). Journal of Al-Tamaddun, 8(1), 189–209. Retrieved from http://adum.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8656