Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS
Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies (APOJAS) (eISSN 2600-7185) is an international, peer-reviewed journal in the field of professional discipline related to the Arabic studies. APOJAS serves as a platform to present and discuss the issues that emerged in modern age. The Journal is committed to publish the articles have high-quality in Arabic fields, written in Arabic, Malay and English languages, including original research papers in the field of Arabic. The journal welcomes original researches and qualified articles on large range of Arabic studies, such as language structures, rhetorical sciences, semantics and pragmatics, language education, historical linguistics, sociolinguistics, psycholinguistics, language acquisition, discourse analysis, Arabic literature and comparative linguistic studies in the field of language and linguistics.
en-US Mon, 19 Jul 2021 16:32:04 +0800 OJS 3.3.0.6 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 PENGUASAAN TASYBIH, USLUB KHOBARIY DAN USLUB INSYA’IYY DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31273
Abstrak Kajian ini menjurus kepada penguasaan terhadap topik-topik dalam ilmu balaghah seperti topik tasybih yang berada dalam ilmu bayan dan topik uslub khobariy dan uslub insya’iyy yang berada dalam ilmu ma’ani. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi, kekangan dan tahap penguasaan pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan seramai 78 orang pelajar tingkatan 5 di SMKA Putrajaya yang telah mempelajari topik-topik tersebut dipilih secara rawak menggunakan teknik pemilihan sampel Krejcie Morgan. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik Skala Likert berkaitan persepsi dan kekangan dan ujian khas berkaitan tahap penguasaan pelajar. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Program Statistical Package of Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukan persepsi pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy adalah di tahap baik manakala kekangan yang dihadapi pelajar terhadap topik-topik tersebut adalah di tahap sederhana. Kajian juga mendapati penguasaan pelajar terhadap topik tasybih dan uslub insya’iyy adalah pada tahap sangat baik manakala topik uslub khobariy pada tahap baik. Topik yang paling dikuasai pelajar mengikut turutan ialah tasybih diikuti uslub insya’iyy kemudian uslub khobariy. Justeru, beberapa kekangan yang dihadapi pelajar dalam menguasai topik boleh diperbaiki oleh guru, pelajar dan pihak berkaitan untuk tujuan penambah baikan. Penguasaan pelajar terhadap topik uslub khobariy juga boleh dimantapkan dengan memberi penekanan kepada elemen adawat at-taukid.
Fatimah Radzi, Nik Rahimi Nik Yusoff , Mohd Isa Hamzah Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31273 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 LEKSIKAL EUFEMISME DALAM AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA DALAM BAHASA MELAYU http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31274
Abstrak. Eufemisme digunakan untuk menjadikan sesuatu kata lebih berlapik samada dalam bentuk lisan ataupun teks. Penggunaan kata yang terlalu berterus terang khususnya dalam teks terjemahan menyebabkan berlakunya komunikasi yang tidak santun dan menyinggung perasaan. Hal ini kerana, terjemahan yang baik bukan sahaja memindahkan aspek makna semata-mata, bahkan menitikberatkan pemilihan kata yang selari dengan kesantunan berbahasa. Kajian kualitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti unsur eufemisme dalam teks terjemahan al-Quran bahasa Melayu dan menganalisis dari sudut kesantunan berbahasa masyarakat Melayu. Analisis kontrastif dilakukan ke atas 4 buah al-Quran terjemahan bahasa Melayu untuk meneliti unsur eufemisme dalam teks terjemahan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan korpus yang disusun oleh Sameer Olimat (2019) iaitu Corpus of Euphemisms in the Qur’an untuk tujuan penyenaraian dan semakan terhadap unsur eufemisme dalam al-Quran. Kajian ini mengguna pakai teori kesantunan bahasa oleh Geoffrey N. Leech (1983) dan pengkaji adalah instrumen utama penyelidikan. Pengkaji juga menggunakan bantuan laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maksud perkataan dan kata sinonim untuk tujuan padanan. Adapun perbahasan kajian merangkumi domain yang dianggap sensitif dalam masyarakat Melayu antaranya 1- hubungan suami isteri, 2- perceraian, 3- kematian dan 4- hal kewanitaan. Berdasarkan analisis, wujud usaha daripada penterjemah untuk menggunakan kata berunsur eufemisme bagi mengelakkan pemilihan kata yang kurang manis. Walaubagaimanapun, terdapat teks terjemahan yang kurang peka terhadap aspek kesantunan dalam memindahkan makna perkataan. Hal ini menyebabkan berlakunya teks terjemahan yang terlalu berterus terang. Kajian ini diharap menyumbang dalam aspek pemurnian teks terjemahan al-Quran bahasa Melayu daripada sudut kesantunan berbahasa.

Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Sa’ad, Zulazhan Ab. Halim Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31274 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 PENERAPAN NILAI MAKRIFAH DALAM ILMU NAHU ARAB MENURUT AL-QUSHAYRI http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31280
Abstrak: Dalam perbahasan ilmu tasawuf, makrifah merupakan suatu keadaan seorang hamba yang dapat mengenal Allah dengan segala sifat kesempurnaanNya. Ia merupakan aspek spiritual yang utama perlu diterapkan dalam setiap disiplin ilmu Islam termasuklah bidang nahu Arab. Realiti yang berlaku dalam pengajian nahu ialah perbincangannya terpisah dari aspek spiritual yang boleh menjadikan pelajar semakin mendekatkan diri kepada Penciptanya. Al-Qushayri (w. 465H) merupakan tokoh ulama sufi terawal yang telah berjaya menerapkan nilai tasawuf dalam disiplin ilmu nahu melalui hasil penulisannya. Artikel ini cuba memaparkan pendekatan baharu tokoh ini, membahaskan konsep makrifah yang diterapkan dalam beberapa topik nahu sebagaimana terkandung dalam kitab beliau berjudul “Naḥw al-Qulūb al-Kabir”. Dengan menggunakan metode analisis kandungan (content analysis), kajian mendapati al-Qushayri telah menekankan keutamaan dan beberapa ciri penting bagi para sālikīn untuk mencapai tahap makrifah Allah. Kajian juga mendapati penerapan yang dilakukan dalam karya tersebut adalah berdasarkan pendekatan perbandingan yang merujuk kepada dua aspek persamaan. Pertama ialah aspek persamaan dalam penggunaan istilah bagi kedua-dua disiplin ilmu tasawuf dan ilmu nahu. Kedua pula ialah aspek persamaan pada makna bagi konsep-konsep dalam ilmu tasawuf yang boleh dibandingkan dengan beberapa kaedah dalam ilmu nahu. Pendekatan ini juga telah dijadikan panduan oleh beberapa ulama sufi terkemudian untuk mengintegrasi kedua-dua disiplin ilmu ini dalam bentuknya yang baharu dan bersepadu. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pihak yang berkepentingan dalam usaha merangka kurikulum bersepadu yang mencakupi aspek spiritual dan linguistik dalam subjek ilmu nahu Arab.
Zaiton Mustapha, Shahrizal Mahpol , Nur Hafizah Ahmad Tajuddin Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31280 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 UNSUR TARBIYAH DI SEBALIK GAYA BAHASA DIALOG NABI IBRAHIM DENGAN AZAR http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31281
Abstrak: Al-Qur’an merupakan kitab suci agung yang mengandungi kisah para nabi dan umat terdahulu. Setiap nabi yang diutuskan kepada umatnya mempunyai tujuan yang sama iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah. Kisah Nabi Ibrahim antara kisah yang dirakamkan dalam al-Qur’an dan perkara yang menarik perhatian ialah sesi dialog yang berlaku antara baginda dan Azar. Perbincangan dan kupasan terhadap kisah yang berlaku antara baginda dan Azar telah dimulakan sejak dahulu dan ia diteruskan hingga kontemporari kini. Namun, perbahasannya berkisarkan aspek penceritaan, pengkisahan, penafsiran dan sebagainya. Kecenderungan di sebalik nilai kesenian gaya bahasa yang tersirat pada dialog Nabi Ibrahim dan Azar kurang diberikan perhatian khusus. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis dan memperhalusi keindahan gaya bahasa dalam dialog Nabi Ibrahim dan Azar serta relevan unsur tarbiyah yang termaktub di sebalik gaya bahasa tersebut. Kajian ini mendasari pendekatan kualitatif dengan menjadikan al-Qur’an sumber premier. Dialog Nabi Ibrahim dan Azar dikenalpasti terkandung dalam surah Maryam yang menjadi korpus kajian. Dialog tersebut akan diperhalusi aspek gaya bahasa dan dikupas secara deskriptif dengan berpandukan idea dan pandangan para ilmuan terdahulu yang telah diutarakan oleh mereka. Hasil kajian mendapati bahawa setiap gaya bahasa yang terkandung pada dialog Nabi Ibrahim dan Azar mempunyai sebab tersendiri dalam menyampaikan mesej dan ia dapat dibuktikan melalui gaya bahasa seruan (nida’), nazm, gaya bahasa insya’ talabi, gaya bahasa larangan, aspek pengulangan, uslub al-khabar serta mubtada’ dan khabar.
Muhamad Khairul Anuar Zulkepli, Mohd Zulkhairi Abd Hamid Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31281 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 PENGUMPULAN DATA WACANA NERAKA DALAM AL-QURAN MENGGUNAKAN HUBUNGAN SEMANTIK http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31283
Abstrak

Sejauhmanakah hubungan semantik antara perkataan boleh digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual bagi kajian kualitatif? Kajian tekstual berkaitan al-Quran masih menggunakan kaedah manual dalam proses mengumpul data sedangkan proses tersebut boleh dilakukan dengan lebih cepat dan sistematik menggunakan korpus al-Quran.  Untuk membuat carian dalam korpus, kata kunci yang tepat diperlukan. Kajian ini menjelaskan bagaimana hubungan semantik digunakan sebagai kaedah atau alat untuk mengenal pasti kata kunci yang memerihalkan neraka.  Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti perkataan dalam al-Quran yang berkaitan dengan neraka yang akan dijadikan kata kunci menggunakan hubungan semantik dan mengumpul data berkaitan neraka.  Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif tentang wacana neraka dalam al-Quran dengan dibantu oleh korpus al-Quran; corpus.quran.com.  Hasil analisis menunjukkan bahawa sebanyak 32 kata kunci berkaitan neraka selain nar dikenal pasti dengan menggunakan hubungan semantik. Tujuh daripada perkataan tersebut diperolehi daripada hubungan hiponim dan 25 perkataan diperoleh daripada hubungan meronim.  Hasil carian dalam corpus.quran.com dan penyaringan menggunakan buku tafsir, sebanyak 276 ayat tentang neraka dikumpulkan.  Apabila ayat-ayat ini dikelompokkan mengikut tema dalam al-Tafsir al-Munir, sebanyak 212 wacana dapat dikumpulkan.  Dapatan ini merumuskan bahawa hubungan semantik sesuai digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual secara sistematik bagi mengelakkan keciciran data dan memastikan data yang dikumpul merangkumi bidang kajian.
Aziyun Othman @ Omar, Mat Taib Pa, Syakirah Rifain@Mohd Rifain Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31283 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 تجربة مركز اختبار كفاءة اللغة العربية وتطوير مهاراتها بجامعة الأمير سونكلا فرع فطاني/ تايلاند في تعليم اللغة العربية للناطقين بغيرها عن طريق الممارسة http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31284
الملخص  : هدفت الدراسة إلى الكشف عن تجربة مركز اختبار كفاءة اللغة العربية وتطوير مهاراتها بجامعة الأمير سونكلا فرع فطاني/ تايلاند في تعليمالعربية للناطقين بغيرها عن طريقة الممارسة ، ويستقي الموضوع أهميته من أهمية العناية باللغة العربية فهي لغة الوحي والقرآن ، وتنتشر في جنوب شرق آسيا بعامة ، وجنوب تايلاند على وجه الخصوص أشكال عديدة من مؤسسات تعليم العربية ، ومركز اختبار كفاءة اللغة العربية أحدها، إذ اضطلع منذ تأسيسه ونشأته على نشر العربية في المنطقة ، باستخدام أحدث الوسائل والتقنيات الحديثة في هذا المجال ، وأجابت عن السؤال الآتي : ما تجربة مركز اختبار كفاءة اللغة العربية وتطوير مهاراتها في تعليم العربية للناطقين بغيرها عن طريق الممارسة من وجهة نظر طلاب الجامعة المستفيدين من برامجه وأنشطته؟ واستخدمت المنهج الوصفي التحليلي ودراسة الحالة، والاستبانة أداة لجمع المعلومات، وتوصلت إلى نتائج أهمها : مركز اختبار اللغة العربية واجهة حضارية في منطقة جنوب تايلاند، ومقصد مهمم لراغبي تعلم اللغة العربية من غير الناطقين بها ، ومن أبرز الطرق المستخدمة في تعليم اللغة العربية للناطقين بغيرها في المركز طريق الممارسة ومن أهمها ( الإنغماس اللغوي ) ، اتجاه طلاب الجامعة نحو تعلم العربية عن طريق الممارسة إيجابية ، فدرجة موافقتهم على محاور الاستبانة كبيرة ، حصلت الفقرة (1) ( تحببك إلى اللغة العربية ) على المرتبة الأولى بدرجة كبيرة في محور الأهداف ، مما يؤكد على أهمية هذا الهدف وأن يجعل القائمون على تعليم العربية هذا الهدف نصب أعينهم ، وحصلت الفقرة (1) وهي  (الوسائل والأساليب فيها متنوعة) على المرتبة الأولى بدرجة كبيرة في محور الوسائل والأساليب ، مما يؤكد على أهمية التنوع والممازجة في الوسائل والأساليب عن استخدام طريقة الممارسة ، لا توجود فروق ذات دلالة إحصائية تعزى إلى المتغيرات بين محوري الاستبانة ، وتوصي بإجراء دراسات ميدانية أخرى على مخرجات هذا المركز ومدى استفادة المجتمع منه واستيعابه، والاستفادة من نتائجها في التطوير ، إيجاد هيئة متخصصة لجمع التجارب العالمية في مجال تعليم اللغة العربية للناطقين بغيرها تتبناها إحدى المؤسسات الإسلامية أو التعليمية العالمية ، إنشاء بيوت خبرة في مجال تعليم اللغة العربية للناطقين بغيرها، بمنطقة جنوب شرق آسيا للتشابه الكبير في ثقافة دول المنطقة ، لتعم الفائدة ، وتتوحد الجهود ، وتتواصل المسيرة والإنجاز ، فيقوى ويزدهر .
رشدي طاهر, أيوب كانجا, أ. بيراسيت بان بري Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31284 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 حذف الصوائت وإثباتها في اللغة العربية، دراسة تحليلية لبعض ألفاظ الحديث النبوي http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31285
ملخص: يُعنى البحث بتوضيح ظاهرة حذف الصوائت وإثباتها في ألفاظ اللغة العربية، وسبر أغوارها، وتحديد أبرز القبائل التي تميز كلامهم بهذه الظاهرة، وتبيين أسباب حدوثها، من الأحوال البيئية والاجتماعية والثقافية والنفسية وطبيعة الجهاز النطقي لتلك القبائل، وتظهر إشكالية البحث في علاقة هذه الظاهرة بألفاظ الحديث النبوي، ومدى تأثيرها على دلالات الألفاظ فيه، ولهذا سيقوم البحث باختيار بعض الألفاظ من الحديث النبوي لدراستها وتحليل هذه الظاهرة فيها، مع توضيح صفات حروف تلك الألفاظ ومخارجها، واستنباط الأسباب التي أدت إلى النطق بإثبات الصوائت أو حذفها فيها، مع الاستناد إلى أقوال علماء اللغة وعلماء الحديث وشروحه وعلومه، ليخرج البحث بعد ذلك بنتائج هامة كإثبات أهمية ربط الدراسات اللغوية بألفاظ الحديث النبوي ومدى تأثيرها على الأحكام الشرعية، وتحديد هوية هذه الظاهرة وأن العوامل الثقافية والاجتماعية والنفسية والبيئية قد أثرت فيها كثيراً، كما سيظهر ذلك عند التوضيح النظري والتحليل التطبيقي على بعض النماذج

عمر محمد دين Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31285 Mon, 19 Jul 2021 00:00:00 +0800 PENGGUNAAN STRATEGI PEMETAAN SEMANTIK DALAM PEMBELAJARAN KOLOKASI BAHASA ARAB http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31287
Abstrak: Pengetahuan kolokasi penting dalam pembelajaran bahasa bagi meningkatkan kecekapan berkomunikasi dan kefasihan berbahasa. Oleh itu, kelemahan pengetahuan kolokasi perlu ditangani melalui kesedaran kolokasi (collocational awareness) dan pendedahan strategi pembelajaran kolokasi yang sesuai (Yang & Barfield, 2011). Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan strategi pemetaan semantik terhadap penguasaan kolokasi bahasa Arab. Untuk tujuan itu, kaedah kuasi eksperimen ujian pra dan pasca dilaksanakan. Seramai 150 orang pelajar yang sedang mengikuti program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari empat buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Perak dipilih dan diagihkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan strategi pemetaan semantik, manakala kumpulan kawalan meneruskan pembelajaran dengan strategi sedia ada selama lapan minggu. Data dikumpul melalui ujian kolokasi bahasa Arab Pra dan Pasca. Dapatan ujian Pra menunjukkan pengetahuan kolokasi bahasa Arab sedia ada bagi kedua-dua kumpulan adalah di tahap sederhana rendah. Namun, kajian ini mendapati pencapaian ujian Pasca kumpulan eksperimen mengatasi pencapaian kumpulan kawalan. Maka, terbukti bahawa strategi pemetaan semantik yang diberikan kepada kumpulan eksperimen lebih berkesan berbanding strategi pembelajaran sedia ada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan dapatan baharu bahawa strategi pemetaan semantik adalah salah satu sub strategi memori yang berkesan untuk membantu pelajar meningkatkan tahap penguasaan kolokasi bahasa Arab.
Uraidah Abdul Wahab, Mat Taib Pa, Lily Hanefarezan Asbulah Copyright (c) 2021 Asia Pacific Online Journal of Arabic Studies http://adum.um.edu.my/index.php/APOJAS/article/view/31287 Mon, 02 Aug 2021 00:00:00 +0800