Analisia Pengaruh Pemikiran Usul Dan Fiqh: Karya Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

Main Article Content

Faisal
Mohd Puaad

Abstract

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang prolifik dan telah menghasilkan beberapa karya dalam pelbagai bidang seperti fiqh, falak, dakwah, pendidikan. Beliau tidak mengarang kitab khusus mengenai usul fiqh. Walau bagaimanapun, karya beliau yang bertajuk Ta’yid Tadhkirah Muttabi‘ al-Sunnah fi al-Rad ‘Ala al-Qa’il bi Sunniyyah Rak‘atain Qabl al-Jum‘ah mengabsahkan kedudukan beliau sebagai seorang yang sangat mahir dan pakar dalam ilmu tersebut. Artikel ini akan menganalisa pengaruh pemikiran usul dan fiqh beliau dalam kitab tersebut. Pola pemikiran beliau terserlah kerana pemahaman yang mendalam serta penguasaan yang jitu terhadap ilmu usul yang merupakan perkara paling dasar dan satu-satunya kaedah untuk menerbitkan persoalan bagi hukum fiqh. Beliau mengingatkan Islam amat menggalakan berfikir kerana banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyeru ke arah menggunakan akal lebih-lebih lagi dalam soal memahami kandungan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles