Resensi Hukum Syarak Terhadap Status Harta Syubhah Menurut Ulamak Shafi`iyyah

Main Article Content

Mohamad Hilmi
Mohamad Rofaizal Ibrahim
Mohamad Ismail
Khairul Anuar

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kepustakaan (Library Research ). Sumber kajian ini adalah kitab-kitab fiqh al-Shafi`iyyah , usul fiqh dan al-Qawaid al-Fiqhiyah yang berkaitan dengan perkara kajian iaitu Harta Syubhah. Ada yang berpandangan harta syubhah tidak termasuk dalam harta yang wajib dizakatkan kerana Allah SWT hanya menerima dari sumber yang halal dan baik sahaja. Masalah ini berpunca daripada kefahaman yang cetek terhadap realiti sebenar percampuran antara halal dan haram yang menimbulkan syubhah. Ini ditambah lagi dengan ulasan-ulasan terhad terhadap nas-nas syarak secara tekstual tanpa dirujuk kepada metodologi hukum yang jelas dan objektif syarak yang tepat. Oleh yang demikian, tulisan ini ingin menjawab persoalan tentang implikasi pemurnian hukum syarak terhadap isu-isu harta syubhah. Ia dapat dijadikan dalil dalam pemurnian hukum syarak atau diterima sebagai kaedah hukum Islam. Untuk tujuan itu, metode deskriptif, dan analisis isi (content analisys) digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemurnian hukum Islam penting, terutamanya terhadap status harta syubhah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles