Halal, Haram dan Syubhah dalam Makanan dari Perspektif Syariah dan Undang-undang

Main Article Content

Ahmad Hidayat Buang
Siti Fatimah Hamidon

Abstract

Artikel ini membincangkan definisi, sifat dan ciri-ciri berkaitan tiga perkara iaitu halal, haram dan syubhah yang mana berkait rapat dengan makanan dan minuman. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber asas, prinsip-prinsip dan hukum tiga perkara tersebut menurut pandangan undang-undang Islam serta penyesuaiannya dalam undang-undang dari sudut positif. Metode yang digunakan adalah kajian perpustakaan dengan menggunakan teknik analisis kandungan dalam membincangkan pendapat dan pandangan. Daripada kajian ini, didapati bahawa prinsip ketiga-tiganya iaitu halal, haram dan syubhah sebenarnya adalah konsep umum dari perundangan Islam yang berlaku dari semua aspek dan adab dalam kehidupan dan aktiviti orang Islam. Penggunaan istilah halal yang popular pada bahan makanan dan syarat-syaratnya yang sentiasa dipenuhi merupakan hasil keutamaan dan kepentingan agama terhadap perkara tersebut, kerana ianya melambangkan keagamaan seseorang Muslim malah memakan yang bukan halal atau haram mahupun syubhah memberi kesan negatif kepada tubuh badan dan rohani orang Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles